NASI LEMAK BUAH BIDARA,
SAYANG SELASIH HAMBA LURUTKAN,
TINGGAL EMAK,TINGGAL SAUDARA,
KERANA KASIH HABA TURUTKAN.
'Kerana kasih,dia sanggup lakukan apa sahaja namun natijahya mungkin kerana apabila kasih yang diturutkan mengundang kehancuran di kemudian hari.Inilah yang harus dilalui oleh seseorang sekiranya membuat keputusan terburu-buru berhubung soal cinta dan perkahwinan.Namun,tiada siapa yang menyangka,apatah lagi kita sebagai manusia yang tidak pernah tahu siapakah jodoh kita.Soal rezeki,ajal maut dan jodoh pertemuan semuanya di tangan ALLAH SWT.Sebagai manusia,kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan segala-galanya .Bila jodoh sudah tiba,tiada siapa yang mampu menolaknya.Juga tidak keterlaluan jika dikatakan bila hati sudah bersatu,perbezaan keturunan dan agama bukan lagi anjadi halangan.Ini sebab,soal jodoh dan pertemuan bukan yang udah untuk diungkapkan kerana ia terjadi tanpa kita sedari.'
ALLAH BERFIRMAN:"dan di antara tanda-tanda kekuasaan ALLAH ialah menciptakan untuk mu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan di antaramu rasa kasih dan sayang sesungguhnya pada yang demikain itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."(surah ar-ru:ayat 21)
No comments:
Post a Comment